Berjabat Tangan

Ahli Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan  tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Pandu Puteri menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan  dan orang yang tidak berpakaian seragam.

Cara berjabat tangan dengan tangan kiri berkaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika. Lord Baden Powell banyak berhubung dengan puak ini semasa di Kenya telah memerhatikan bahawa mereka sering memegang senjata pada tangan kanan, manakala tangan kiri memegang perisai. Sebagai tanda persahabatan mereka melepaskan perisai dan berjabat tangan dengan tangan kiri.



Post a Comment

0 Comments