PERMAINAN LUAS


 APAKAH ITU PERMAINAN LUAS?

Permainan luas merupakan satu aktiviti luar yang dimainkan dalam kawasan yang luas. Peserta perlu mencapai objektif yang ditetapkan untuk menjadi pemenang. Permainan luas merupakan satu cerita imaginasi yang mendebarkan. Selain menyeronokkan, permainan luas memberikan peluang kepada peserta untuk memupuk semangat kerjasama dalam meningkatkan kemahiran, daya ketahanan, kepintaran, inisiatif dan kekuatan fizikal. Dalam usaha menghadapi cabaran bersama, peserta dapat menghayati dan mengamalkan undang-undang Pandu Puteri.


CIRI-CIRI ASAS PERMAINAN LUAS

  1. Tema
  2. Jalan Cerita
  3. Senario
  4. Objektif
  5. Pembantu
  6. Peralatan
  7. Peserta
  8. Masa dan usaha dalam penyediaan dan permainan sebenar
  9. Keseronokan

PESERTA PERMAINAN
  1. Sesiapa sahaja boleh bermain
  2. Bilangan peserta tidak terhad. Walaubagaimanapun, bilangan peserta dipengaruhi oleh kemudahan pembantu, ruang dan peralatan yang sedia ada.
  3. Jalan cerita permainan hendaklah bersesuaian dengan peringkat umur peserta
  4. Bilangan peserta dalam satu kumpulan bergantung pada objektif permainan dan aktiviti yang terlibat atau sebaliknya.
  5. Ketua boleh dipilih untuk mengetuai suatu kumpulan. Ketua boleh dipilih oleh ahli-ahli sendiri atau ditetapkan oleh jawatankuasa permainan.

CONTOH-CONTOH PERMAINAN LUAS

Contoh 1
Salah seorang ahli dari kumpulan anda telah diculk. Anda telah diberi arahan untuk menghantar wang tebusan kepada penculik di tempat yang ditetapkan. Dalam perjalanan ke tempat tersebut, kumpulan anda akan menempuhi beberapa cabaran yang perlu diatasi sebelum kumpulan anda dapat menyelamatkan kawan anda. Dalam permainan ini, kumpulan anda mungkin perlu memecahkan kod, menterjemah mesej), membaca grid, membaca peta, menggunakan kompas, menyalakan api untuk menjerang air, membina perlindungan sementara, memberi bantuan pertolongan cemas, merekacipta dan sebagainya)

Contoh 2
Kumpulan anda adalah sekumpulan makhluk asing yang telah mendarat di Bumi kerana kehabisan bahan api. Daripada radar kapal angkasa, anda dapat mengecam tempat yang mempunyai sumber tenaga ini. Dengan menggunakan bacaan grid yang diberikan, kumpulan anda menuju ke tempat itu. (Dalam permainan ini, kumpulan anda akan menghadapi beberapa cabaran - kumpulan anda mungkin perlu membaca grid, membaca kompas, membina gejet untuk mendapatkan 'bahan api', melakarkan peta supaya kumpulan anda dapat balik ke kapal angkasa semula, menggunakan tanda mengesan dan sebagainya. Permainan luas akan menjadi lebih menyeronokkan sekiranya ahli kumpulan boleh bersolek dan berpakalan seperti makhluk asing)


Contoh 3
Permainan luas bole mengadaptasikan cerita kanak-kanak seperti 'Alice in Wonderland', 'Snow White and the seven dwarfs', Treasure island' dan sebagainya.

Post a Comment

0 Comments