Logo WAGGGS, Lencana Dunia dan Bendera Dunia


LOGO PERSATUAN PANDU PUTERI DAN PENGAKAP PUTERI SEDUNIA (WAGGGS)

Trefoil telah menjadi simbol penting pergerakan global Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) selama lebih dari 100 tahun. Walaupun logo ini telah dikemas kini berulang kali, Trefoil tetap menjadi pusat logo WAGGGS. Versi Trefoil yang direka pada tahun 1991 masih ada, tetapi elemen-elemen di sekitarnya telah diperbaharui. Logo WAGGGS berwarna tebal, terang dan dapat digunakan secara fleksibel untuk disesuaikan dengan pelbagai khalayak.


LENCANA DUNIA

Lencana Dunia ialah lambang Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) dan merupakan simbol perpaduan dalam kalangan ahli pandu puteri sedunia.

Trefoil dengan tiga bentuk daun bercabang melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri.

Warna emas trefoil berlatar belakang biru mewakili matahari yang menyinari seluruh kanak-kanak di dunia tanpa mengira bangsa, agama, kebudayaan dan warna kulit.

Dua bintang melambangkan Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri yang menjadi asas pergerakan ini.

Jarum tegak menunjukkan arah.

Tangkai melambangkan kasih sayang manusia sejagat 


BENDERA DUNIA
Ini adalah bendera rasmi Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Penggunaanya diluluskan pada tahun 1930 di Persidangan Dunia yang diadakan pada tahun tersebut. Pada bulan Mac 1991, di mesyuarat kali ke 80, selepas upacara perasmian Pax Lodge, jawatankuasa Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia telah menerima bahawa Persatuan Pandu Puteri adalah satu organisasi yang dinamis dan mencerminkan keperluan zaman moden. 
Tiga blok atau petak kuning menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan tiga bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri terhadap keamanan.




Post a Comment

0 Comments