Logo, Lencana dan Bendera Pandu Puteri Malaysia

 

LOGO PANDU PUTERI MALAYSIA

Logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada lencana Pandu Puteri Malaysia dikelilingi perkataan Persatuan Pandu Puteri Malaysia

LENCANA PANDU PUTERI MALAYSIA

Reka bentuk Lencana Pandu Puteri Malaysia mula-mula diperkenalkan pada Januari 1962. Logo tersebut dicpta oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya Latihan Ibu Pejabat. 

Lencana Pandu Puteri Malaysia mengandungi cantuman tiga rangkaian daun lebar dengan bintang pecah 14 di tengah serta perkataan Pandu Puteri di bawahnya. Cantuman tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga bahagian Persetiaan. Bintang pecah 14 bererti perpaduan antara 13 buah negeri serta wilayah persekutuan di negara ini.


Lencana ini disemat pada skaf ahli Pandu Puteri semasa istiadat pelantikan setelah lulus Prinsip Asas Pandu Puteri. Lencana ini juga dikenali sebagai Lencana Pelantikan


BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

Latar keseluruhan bendera ini berwarna biru dan logo rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia berada di tengah-tengahnya. Bendera ini dikibarkan pada setiap perhimpunan Pandu Puteri peringkat kebangsaan, cawangan, daerah ataupun sekolah.







 

Post a Comment

0 Comments