Cara Menghormati Bendera

  1. Jangan letak bendera di merata-rata tempat. Bendera hendaklah ditempatkan di tempat khas yang selamat. Jangan menyeretnya semasa menaik atau menurunkannya. Bendera hendaklah dipegang atau disangkut pada bahu kiri.
  2. Apabila hari menjelang senja atau hari hujan, bendera yang dinaikkan di tiang hendaklah diturunkan.
  3. Jangan gunakan bendera untuk mengalas meja atau menutup sesuatu kecuali sebagai penghormatan tertentu.
  4. Pastikan tali atau tiang bendera yang akan digunakan berada dalam keadaan baik dan kemas.
  5. Bendera yang telah lusuh dan luntur warna haruslah ditanam, bukannya dibuang dalam tong sampah.

Post a Comment

0 Comments