LANGKAH KESELAMATAN DI DAPUR | Lencana Jurumasak


Bagi memastikan kerja-kerja memasak adalah selamat, berikut adalah langkah keselamatan di dapur yang patut dipatuhi :

1. Jangan memasak apabila anda rasa mengantuk, pening, keracunan atau setelah mengambil ubat yang menyebabkan mengantuk.

2. Elakkan meletak pemanggang periuk, tuala atau sebarang kelengkapan berhampiran dengan alat pembakar seperti ketuhar.

3. Jangan biarkan kanak-kanak atau binatang peliharaan anda bermain berhampiran dapur (adakan zon bebas kanak-kanak, jarak satu meter.

4. Jangan letakkan sebarang bahan mudah terbakar seperti kertas, kain dan plastik terlalu hampir dengan dapur memasak.

5. Pastikan rak dapur bersih. Sisa tumpahan bahan masakan yang berminyak dan kotor boleh sambar api.

6. Semasa memasak, gunakan pakaian berlengan pendek yang tidak terlalu longgar bagi mengelakkan pakaian tersentuh api.

7. Selalu gunakan sarung tangan yang mempunyai ketahanan api. Berhati-hati apabila menggunakan sarung tangan akan menjadi stim yang boleh menyebabkan tangan anda melecur.

8. Pusingkan pemegang periuk ke arah dalam bagi mengelakkan dilanggar atau ditarik oleh kanak-kanak.

9. Makanan yang dimasak dalam microwave boleh menghasilkan tahap kepanasan yang terlalu tinggi. Bukakan penutup dengan cermat bagi mengelakkan sambaran stim.

10. Ingatkan kanak-kanak bahawa penutup yang panas amat merbahaya.

11. Belajar cara-cara untuk memadam kebakaran kecil. Sekiranya boleh sediakan alatan mencegah kebakaran di dapur iaitu 'fire blanket'.

Post a Comment

0 Comments